Tuesday, August 27, 2019

Kenali Tun Dr Mahathir Dengan Lebih Dekat

SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA

BIODATA RINGKAS;

NAMA:DANIA ANIISA NADIRA BT AZROL

KELAS:1 PPISMP PSV1

MENUNTUT DI:INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUANKU BAINUN.


Kenali Tun Dr Mahathir Dengan Lebih Dekat



                                            
  •                                                 By:Dania Aniisa Nadira 
  •    
  • TUESDAY, 27 AUGUST 2019
  •   


Kenali Tun Dr Mahathir Dalam Masa Satu Minit

TUN DR MAHATHIR MOHAMAD
Julai 1981- Oktober 2003
Mei 2018 – Kini


Tun Dr Mahathir Mohamad: Bapa Pemodenan Malaysia

Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri yang keempat Malaysia pada 16hb Julai 1981, menyandang jawatan itu untuk tempoh yang paling lama dalam sejarah Malaysia dan Asia Tenggara, iaitu 22 tahun. Beliau dikenali sebagai "Bapa Pemodenan" di atas kejayaan beliau menukarkan Malaysia dari sebuah negara pertanian kepada negara perindustrian moden. Tun meletak jawatan sebagai Perdana Menteri pada 31 Oktober 2003. Walau bagaimanapun, pada tahun 2016, Tun Dr Mahathir muncul kembali di alam politik apabila beliau menubuhkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia untuk menandingi Barisan Nasional. Pada tahun 2018, dalam satu kejutan politik, PPBM dan parti-parti bersekutunya, memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14. Pada usia 93, Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri ke-7 Malaysia.

Tun Dr Mahathir dilahirkan pada 10 Julai 1925 (tarikh kelahiran rasminya direkodkan pada 20hb Disember 1925) di Kampung Seberang Perak, Alor Setar, Kedah, suatu kawasan yang diakui oleh Tun sendiri sebagai kawasan miskin. Ibu bapa Tun Mahathir ialah Mohamad bin Iskandar dan Wan Tempawan binti Wan Hanafi dan Tun merupakan anak bongsu di antara sembilan orang adik beradik.

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Seberang Perak selama dua tahun sebelum memasuki sekolah Inggeris kerajaan yang kemudian bertukar nama kepada Kolej Sultan Abdul Hamid, di mana ayahnya merupakan guru besar. Sebagai pelajar, Tun Dr Mahathir aktif berdebat dan dikenali untuk kemahiran bahasa Inggerisnya. Dia dilantik sebagai editor majalah sekolah, dan bermain untuk pasukan ragbi sekolah.






Wajah tampan Tun ketika muda.
Wajah tampan Tun ketika muda.(1974)





Pada tahun 1947, Tun Mahathir memasuki Kolej Perubatan King Edward VII di Singapura di atas biasiswa kerajaan. Di sana, beliau aktif menulis untuk akhbar The Sunday Times (kini dikenali sebagai The Straits Times) di bawah nama penanya, C.H.E Det (Det adalah nama keluarga beliau). Penulisannya menyelami masalah-masalah orang Melayu. Pada tahun 1953, Tun Mahathir lulus sebagai doktor dan berkhidmat sebagai pegawai perubatan di Hospital Besar Alor Setar.Tun meninggalkan perkhidmatan kerajaan pada tahun 1957 untuk menubuhkan kliniknya sendiri, "Klinik Maha”, yang merupakan klinik swasta milik orang Melayu yang pertama di negara.


Tun Mahathir berkecimpung dalam bidang politik pada tahun 1964, di mana beliau menandingi dan memenangi kerusi Kota Setar di Pilihanraya Umum 1964. Pada tahun 1965, beliau dipilih untuk Majlis Tertinggi UMNO. Pada Pilihanraya tahun 1969, Tun berdiri untuk pemilihan semula, tetapi ditewaskan oleh wakil PAS.



Persandingan antara dua doktor.
Persandingan antara dua doktor.(1956)

Semasa di kolej, Tun telah bertemu dengan Tun Dr Siti Hasmah, juga seorang pelajar perubatan. Pada tahun 1956, mereka telah berkahwin dalam satu majlis di Jalan Imbi di Kuala Lumpur. Mereka mempunyai tujuh orang anak: Marina, Mirzan, Melinda, Mokhzani, Mukhriz, Maizura, dan Mazhar.



Bermula era pemerintahan Tun.
Tun Dr.Mahathir & Tun Siti Hasmah bersama Professor Diraja Ungku Abdul Aziz.

Bermula Era Pemerintahan Tun Dr.Mahathir Mohamad.


Beliau telah berjaya menerajui negara ke arah arus pemodenan yang amat pantas dan menjadikan Malaysia gah di mata dunia. Beliau telah dikaitkan dengan pembangunan pelbagai projek mega seperti Kuala Lumpur City Centre (KLCC), Menara Berkembar PETRONAS, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Koridor Raya Multimedia (MSC). Tun Dr Mahathir Mohamad membuka negara kepada pelaburan asing, mengurangkan halangan kepada perdagangan antarabangsa, menswastakan beberapa ejensi dan perkhidmatan kerajaan, di samping mewujudkan infrastruktur fizikal bertaraf dunia.

Di bawah kepimpinan Tun Dr Mahathir, Malaysia berkembang menjadi salah satu ekonomi yang paling makmur dan dinamik di Asia Tenggara, dengan sektor industri yang berkembang maju, kelas menengah yang membesar, dan kualiti hidup yang meningkat. Malaysia juga memainkan peranan yang lebih aktif di arena antarabangsa, dan bertindak sebagai suara bagi negara-negara membangun di Asia dan Afrika. Tun Dr Mahathir Mohamad juga melancarkan Wawasan 2020 pada tahun 1991, satu rangka kerja bagi menjadikan Malaysia sebagai negara maju pada tahun 2020. Atas kejayaan beliau sebagai pemimpin, beliau diberi gelaran “Bapa Pemodenan Malaysia”. 

Kenali Tun Dr Mahathir Dengan Lebih Dekat

SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA BIODATA RINGKAS; NAMA:DANIA ANIISA NADIRA BT AZROL KELAS:1 PPISMP PSV1 MENUNTUT DI:INSTITUT PENDI...